Rabu, 16 April 2014

Photo: muka excted g rantau panjang ❤❤☀
Nor,Sya,Milah,Yaya

 HATIKU SEPI
      Hari ini hidup ini bagaikan sunyi sekali..diri ini merasakan ada yang salah terhadap sahabat ku dari sarawak yang datang ke rumah ku untuk bercuti..sepatutnya mereka sebagai tetamu,aku harus melayannya dengan baik..tapi apakan dayaku,,aku tidak punyai kenderaan untuk membawa mereka ke mana-mana..walaupum begitu aku masih lagi boleh berbual-bual,bergurau senda dengan mereka..tapi kenapa diri ini merasakan seolah-olah tidak pandai untuk bergaul..
      Wahai sahabat,aku memohon maaf..sesungguh nya diri ini terlalu kerdil untuk dimaafi...

Kami kawan selamanya..aminnn..

Selasa, 8 April 2014

Devotees ~ Kekasih (Full)



Kek Epal Crumble  

Bahan-Bahan: 
¾ cawan gula kastor
1/3 cawan air
125 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur (asingkan putih dan kuning)
3 biji epal (kupas kulit dan potong setebal 1 cm) Bahan-bahan topping: 
150 gm tepung 
75 gm mentega
30 gm gula kastor


Cara : 
Masak gula dan air ke dalam periuk hingga cair.
Sejukkan. Putar mentega, vanila dan kuning telur hingga kembang. Masukkan air gula.
Campurkan telur dan putar sebati. Dalam mangkuk berasingan, putar putih telur hingga kembang.
Campur putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata.
Masukkan separuh adunan ke dalam acuan bulat. Susun epal dan tambah adunan untuk toppng di atasnya. Ratakan dan bakar selama 35 minit. Untuk membuat topping, gaul semua bahan hingga menjadi serbuk roti. Sejukkan.



KEK MARBLE

KEK MARBLE 


BAHAN-BAHAN :

240 gm butter
220 gm gula castor
240 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
4 biji telur gred A
10 gm ovallete
1 sudu kecil esen vanila
60 ml fresh milk
20 gm serbuk koko
20 ml air

CARA MEMBUATNYA :

-Panaskan oven kepada suhu 175'C . Ayak tepung gandum dengan baking powder dan ketepikan dulu .  Satukan susu dengan esen vanilla . Putar butter dan ovallete sehingga rata dan masukkan gula serta terus diputar lagi sehingga adunan menjadi putih 


- Teruskan mix adunan dan masukkan sebiji demi sebiji telur , jarak antara sebiji telur ialah 1 minit . Putar sehingga adunan jadi kembang . Masukkan tepung sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya putar balik adunan sehingga adunan menjadi sebati - anggaran dalam 3 minit saja )

- Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian , satu bahagian dibiar kosong dan satu lagi dimasukkan bancuhan koko dengan air kosong . Kacau bahagian koko sehingga sebati .


- Sendukkan adunan masuk ke bahagian tengah acuan yang telah dilenserkan tadi berselang seli , mula-mula masukkan adunan kosong lepas tu adunan koko dan ulang sampai habis semua adunan kek ni kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek sampai masak selama 50 - 45 minit mengikut kepanasan oven masing-masing .  Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja tandanya kek dah masak la . 



Jumaat, 4 April 2014

as,salammualikum..w.b..t..hai semua...dah lama tak bersua..apa khabar semua??
ana sekarang berda di uitm puncak perana..baru-baru ini,ana sibuk sedikit..nanti ana muat turun lagi cerita ana...take care..maaf..
semasa pendaftaran




ni gambar rumah(hostel) ana


Ahad, 25 November 2012

                                                        PETUA AWET MUDA


Apa yang perlu adalah mengenali cara-cara penjagaan yang betul bagi memiliki wajah yang cantik dan awet muda. Berikut langkah-langkah yang perlu diberi perhatian.

- Lindungi kulit daripada matahari

Pendedahan terhadap pancaran cahaya matahari menjadi antara faktor berlakunya proses penuaan. Anda perlu menggunakan krim perlindungan matahari setiap hari. Penggunaan krim perlindungan itu menghalang proses penuaan sekali gus bertindak ke atas prapenuaan.

- Elak merokok

Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.
- Pencucian dalaman

Kebanyakan wanita tidak mengamalkan pencucian wajah sehingga bersih secara dalaman. Pencucian yang tidak bersih dipercayai akan mengundang kekeringan kulit dan kedutan. Anda tidak perlu menggunakan pencuci wajah yang mahal, sebaliknya pencuci biasa yang berbentuk krim boleh menanggalkan kekotoran apabila dikesat dengan kain kapas. Manakala, untuk kulit kering pula urut wajah dengan pencuci yang berminyak, biarkan selama beberapa minit dan cuci dengan air suam.

- Pelembapan dua kali ganda

Selain pelembapan seharian, anda juga boleh meningkatkan tahap pelembapan kulit sama ada menggunakan topeng muka atau menyapu krim pelembap mahupun krim malam dalam lapisan tebal pada seluruh wajah. Biarkan lapisan tebal itu selama lima hingga 10 minit dan lap dengan tisu.

- Aktifkan peredaran darah

Penggunaan skrab wajah dua kali seminggu dapat membantu melembutkan permukaan kulit. Skrab juga dapat mengaktifkan peredaran darah pada lapisan atas kulit. Dengan ini, ia membantu membentuk sel-sel baru pada wajah.

- Penggunaan bedak asas

Garis-garis halus dan kedutan dapat dihilangkan buat sementara waktu dengan penggunaan produk kosmetik yang sesuai. Misalnya, bedak asas, konselar dan bedak kompak atau bedak halus membantu menutup garis-garis tersebut.

- Kerap membelai wajah

Walaupun saban hari, anda menggunakan produk penjagaan kulit untuk memiliki kulit yang cantik tetapi rawatan wajah sebulan sekali amat membantu dalam menangani masalah kulit dan melambatkan proses penuaan. Gunakan rawatan wajah yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

- Pengendalian lembut

Ketika menggunakan produk penjagaan kulit atau solekan, anda perlu oles secara lembut supaya ia tidak merosakkan kulit wajah. Kulit sekeliling mata disifatkan lebih lembut berbanding di bahagian lain. Maka ia perlu dibelai secara lembut ketika menyapu krim pencuci atau krim mata. Semasa menyapu krim pada mata atau wajah, anda dinasihatkan menyapu krim tersebut menghala ke atas dan bukan ke bawah.

- Solekan yang sempurna

Beli produk kosmetik yang mengandungi perlindungan UV kerana bahan-bahan tersebut dapat melindungi kulit daripada pancaran matahari. Buat sedikit penyelidikan sebelum membeli produk kosmetik terutamanya pembayang mata, maskara dan pengalit mata.
   
                         


Jumaat, 9 November 2012

Suka-suki style



CARA PEMAKAIAN SELENDANG


 HUHHIIIHUUUUUUUUUU....


TUDUNG BAWAL

SELENDANG 2 LAYER

ALA-ALA ARAB G TU

ALA ARAB

SIMPLE STYLE



SELENDANG ARAB