ISTERIKU 19 TAHUN created by:NADI@KID
Dahi Zuyyin berkerut tengok bangunan depan mata.
“Kita
buat apa kat sini?” Zuyyin soal Akif yang dah parking kereta depan Jusco.
“Di sini
tak ada Hanna dan Hanni.” Sengih.
“Oh.
Okey.” Mengangguk meskipun dia masih kurang pasti sebab utama mereka berada di
situ. Oh, mungkin Akif ajak dia shopping barangan dapur. Seatbelt di lepaskan.
“Jom.”
Akif buka pintu kereta.
“Kita
bukan nak beli barang dapur ke?”
Zuyyin
tanya Akif yang laju menuju ke eskelator. Kan bahagian barangan dapur kat
tingkat bawah, naik atas buat apa?
“Hanya di
pawagan sahaja.” Selamba dia menutur ayat itu.
“Ha?! Kita
nak tengok Fizz Fairuz ke?” Zuyyin soal tak percaya.
“Berdoalah
masih ada seat available.” Sengih tengok isterinya yang excited. Hafal sangat
dia tagline si Fizz Fairuz tu.
“Ya
ALLAH, tolong temukan aku dengan Fizz Fairuz.” Zuyyin meraup tangan ke muka
berdoa.
“Jom!”
Laju kakinya mendahului Akif ke tingkat atas. Excited sangat nak tengok Fizz
Fairuz ni!
“Macam
budak-budak.” Komen Akif sebelum tertawa melihat isterinya yang sudah laju
menuju ke kaunter tiket.
“Nak beli
popcorn tak?” Akif tanya Zuyyin yang asyek membelek jam di tangan. Tak sabar
dah kot nak masuk dalam.
“Tak nak
ar.”
Zuyyin
tengok jam lagi, ada 15 minit lagi. Rasa macam dia nak terpa masuk dalam hall
je. Dah panas punggung tunggu 15 minit itu berlalu.
Akif
gelak perlahan melihat kelakuan isterinya sebelum berjalan menuju ke kaunter
makanan dan minuman. Zuyyin mungkin tak perlukan, tapi dia ya kerana dia
mungkin kebosanan di dalam panggung nanti.
Nur
Kasih? Tidak pernah masuk dalam list movie yang akan dia tengok. Sewaktu demam
drama ini melanda seluruh Malaysia, dia cuma menonton beberapa episode, itupun
kerana kalah berebut remote control TV dengan Hanna dan Hanni. Dia berada di
sini sekarang pun kerana Zuyyin.
“Nah.”
Akif hulur minuman dan popcorn. Mata mereka saling bertentangan.
“Kau tak
akan kenyang tengok Fizz Fairuz.” Sarkastik.
“Eee..”
Cebik bibir. Namun di sambut juga popcorn dan air dari tangan Akif.
“Dah,
masuk jom.” Akif jalan dulu, meninggalkan Zuyyin di belakang.
“Huh!
Terencat emosi!” Cebik bibir lagi. Langkah Akif yang semakin menjauh di
kejarnya.
“Couple
seat?” Zuyyin kerut dahi tengok nombor seat mereka.
“Ni je
yang tinggal.” Akif dah selesakan dirinya di sebelah sepasang kekasih.
“Okey
je.” Sengih. Duduk di sebelah Akif. Bahu mereka bersentuhan.
‘Minat
betul dia kat Fizz Fairuz.’ Akif sengih tengok Zuyyin yang khusyuk, dengan mata
terpaku pada skrin yang memaparkan wajah kacak Fizz Fairuz.
“Siapa
budak perempuan ni? Comellah.” Akif masukkan popcorn dalam mulut. Watak Mariam
menarik perhatiannya.
“Mia
Sara. Alah, yang berlakon jadi anak Lisa Surihani dalam cerita Adamaya tu.”
Balas Zuyyin.
‘Adamaya
citer apa pulak ni?’
Confius.
Tapi di abaikan cuma. Watak Mariam lagi menarik perhatiannya. Membuatkannya
teringat zaman kanak-kanak Zuyyin. Zuyyin mungkin sebaya Mariam ketika
keluarganya “pergi” tinggalkan dia sendirian, sebatang kara. Nasiblah masih ada
arwah atuk dan nenek.
‘Siapa
agaknya yang menemankan Zuyyin tidur selepas arwah ibunya meninggal dulu? Arwah
nenek? Selepas arwah nenek pergi pulak? Siapa yang memujuk Zuyyin selepas arwah
atuk meninggal? Menyapu air mata Zuyyin selepas semua insan-insan
kesayangannnya pergi? Abang Aiman ke?’ Akif mengeluh. Teringat insiden seminggu
lalu. Malam Zuyyin menumpahkan air mata kerana dia.
‘Orang itu
sepatutnya aku.’ Bisik hati Akif bila adegan bisu abangnya menyapu air mata
Zuyyin menerpa di kotak ingatan.
“Zuyyin..”
Suara Akif menyapa telinga Zuyyin.
“Hurmm..”
Mata masih di layar skrin.
“Maaf..”
Perlahan, namun masih cukup jelas di telinga Zuyyin.
“Huh?!”
Rasa dia macam tak pekak, tapi dia tak pasti dengan apa yang telinganya baru
dengar. Laju kepalanya di teleng ke tepi.
“Maaf
sebab aku dah sakitkan hati kau, hina arwah ibu, tuduh kau macam-macam.” Mata
Akif di pakukan di skrin, sekalipun dia tahu Zuyyin tengah merenungnya dalam
kesamaran cahaya panggung.
“Maaf
sebab aku dah berkasar dengan kau..” Dan terima kasih kerana tak tinggalkan
aku..
Kali ini
dia menoleh seketika ke wajah Zuyyin. Kalaulah dia boleh bagi tahu Zuyyin
perasaannya saat itu. Saat Hanni beritahu kalau Zuyyin ingin pergi tinggalkan
dia. Tapi dia tidak mampu. Dia masih samar dengan perasaannya sendiri.
“Akif..”
Zuyyin rasa sebak. Tak tahu hendak kata apa. Matanya berkaca. Terharu dengan
ucapan maaf Akif.
“Fizz
Fairuz kat skrin depan tu, bukan kat muka aku.” Mukanya tak beriak. Sekadar
tenang.
“Tahu..”
Mata
Zuyyin kembali ke skrin panggung, ke wajah Fizz Fairuz yang sudah bertukar
dengan wajah Akif. Senyum. Dan sekalipun dia tidak menoleh, dia tahu kalau ada
senyuman di bibir Akif.
“Akif..”
“Hurmm..”
“Maaf,
aku keluar rumah tanpa izin kau.” Zuyyin tunduk, menyesali tindakannnya.
“Its
okey.”
Senyum.
Mata mereka kembali ke skrin. Pada Nur Aminah dan Adam yang sedang berkasih
sayang. Sesaat, keduanya kembali mengunci bicara. Namun masih ada senyuman yang
tersungging di bibir mereka.
Akif
menoleh ke kiri, ke arah gadis yang sedang teresak menangis di tepinya. Apa
keslah pulak nangis dalam panggung ni? Scene Adam cari cincin Nur tu sedih
sangat ke? Akif geleng kepala tak faham.
“Zuyyin..”
Akif kalih wajah ke kanan pulak. Ke arah isterinya, kot-kotlah nangis juga
macam gadis sebelah dia ni.
“Huh?!”
Ternganga tiga saat. Matanya seolah tak percaya dengan apa yang dia lihat.
Zuyyin…
“Tido?”
Boleh plak kau tidur tengah-tengah klimaks cerita ni, tadi iye iye je nak
tengok Fizz Fairuz. Kali ni, Akif geleng kepala tak percaya.
Zuyyin,
Zuyyin.. Penat sangat agaknya seharian melayan adik-adik iparnya. Matanya jatuh
pada wajah Zuyyin, pada alis mata sebelum jatuh pada hidungnya yang sederhana
mancung. Akhir sekali, pada bibir Zuyyin yang selalu mencebik geram bila
bertikam lidah dengan dia.
Akif
telan air liur, rasa lain di dadanya. Untuk kali ini sahaja, dia terasa ingin
mendengar kata hatinya, menolak tepi kata logik akalnya. Perlahan, tangan
kanannya di depakan. Kepala Zuyyin yang terlentok di kerusi di tolak rapat ke
arahnya.
‘Rehatlah
Zuyyin..’ Mata Akif kembali ke layar skrin. Dengan kepala Zuyyin yang bersandar
di bahunya.
“Eh,
dorang dah balik ke?” Matanya mengitari seluruh ruang tamu. Tiada sesiapa di
situ. Malah rumah juga sunyi tanpa sebarang bunyi.
“Dahlah
kot.” Akif kunci pintu sebelum langkahnya menyertai Zuyyin ke ruang tamu.
“Nak
tidolah, penat.”
Zuyyin
bersuara tanpa memandang wajah Akif. Masih malu dengan kejadian di panggung
tadi. Entah bila masa dia terlelap, sedar-sedar sahaja kepalanya sudah
tersandar baik punya di bahu Akif. Dengan jarak wajahnya yang kurang sejengkal
dari wajah Akif. Eee.. Malu, malu!
“Okey.
Selamat malam.” Senyum pada isterinya yang sudah melangkah menuju ke bilik.
“Thanks
for lend me your shoulder.” Suara Zuyyin hilang di balik pintu yang tertutup
rapat. Meninggalkan Akif dengan senyuman manis penuh di wajah.
***************
Zuyyin
memegang dadanya yang terasa berdebar, rasa seperti jantungnya berdegup kencang
dari biasa. Abnormal!
‘It’s
this date or just hanging out?’
Zuyyin
geleng kepala, tidak tahu jawapan apa yang harus di beri pada hatinya. Apa yang
dia tahu, dia suka dengan apa yang Akif buat tadi sekalipun dia tertidur dan
tertinggal hampir separuh dari cerita.
‘Kerja
dengan abang. So, Ayien tak perlu fikirkan Akif setiap masa.’
Kata-kata
abang Aiman tiba-tiba menerpa di kotak fikirannya. Zuyyin mengeluh, dia belum
berbincang dengan Akif soal itu lagi. Tapi melihat gayanya sebelum ini, Akif
pasti tak akan bersetuju. Macam mana caranya dia hendak memujuk Akif? Zuyyin
bingung sendiri.
“Lupakan
soal tu, aku nak sambung mimpi aku yang tergendala tadi.”
Zuyyin
hempas tubuh ke katil. Memejam mata, menjemput mimpinya yang tergendala tadi.
Mimpi berkejaran dengan ‘Adamnya’ di tepian sawah. Macam Nur dan Adam. Dia
sengih dengan mata terpejam.
Akif
duduk sendirian di ruang tamu. Matanya tunak ke depan, ke skrin kosong hitam TV
LCD.
Abang
Aiman seperti Aidil, sentiasa menjadi pelindung Zuyyin. Menyayangi Zuyyin. Tapi
Zuyyin bukan Nur, dan dia juga bukan Adam. Lelaki yang di cintai Nur sepenuh
jiwanya. Antara dia dengan abang Aiman, seseorang akan beralah, tapi soalnya
siapa? Dan tegakah dia melepaskan Zuyyin pada lelaki lain?
“Ambillah
siapa saja, tapi bukan Zuyyin..” Akif gelak. Gelak dengan kata-kata sendiri.
“Aish,
demam Nur Kasihlah pulak.” Bangun menuju ke biliknya sambil menyanyi lagu Nur
Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan