KISAH SEORANG GADIS IPT
Aidan merupakan anak perantau dari negeri di sebelah timur..Perwatakan Aidan sebagai gadis yang berperwatakan lemah lembut,sopan-santun dan suka menghormati orang yang lebih tua darinya serta rakan-rakannya membuatkan Aidan seperti gadis yang sempurna dan ayu..Namun begitu,Aidan bukanlah gadis yang aktif..Disebabkan sikapnya yang lemah lembut,dia terpaksa jaga perwatakannya agar dia tidak kelihatan seperti segelintir gadis-gadis lain yang terlalu sosial..Sebagai gadis kampung yang sederhana,Aidan menjejaki alam remaja di institut pengajian tinggi iaitu di Universiti Teknologi Mara(UITM) dengan harapan untuk mencapai cita-cita dan untuk menghormati serta menghargai jasa ibu bapanya yang selama ini bertungkus-lumus kerja siang dan malam untuk menyekolahkan Aidan dan adik beradik...Sebagai seorang pelajar IPT,Aidan bersa cukup berat untuk memikul beban yang digalas dibahunya itu..Namun begitu,untuk mencapai matlamatnya,Aidan perlu harungi semua itu...Hari demi hari,masa demi masa,kini Aidan sudah 3 bulan berada di UITM..Aidan mengenali ramai kawan..Terutamanya kawan dari negeri yang sama dan membuatkan Aidan tidak kesunyian..
Namun begitu kegembiraan Aidan tidak berpanjangan disebabkan segelintir rakan sekelasnya yang anti dengan negeri Aidan dan sahabat senegeri dengannya..Hal ini menimbulkan masalah untuk Aidan bergaul dan melakukan kerja-kerja bersama meraka.Aidan dan rakan-rakannya digelar geng KE.......Gelaran ini terbentuk disebabkan Aidan dan rakan-rakan senegerinya yang selalu bersama..
Kes mereka sehinggakan diketahui oleh penasihat akedemiknya(P.A)..Pernah suatu masa Aidan dipanggil oleh P.A nya...P.A nya bertanya kan ape yang berlaku..Aidan menceritakan yang sebenar..Namun begitu jawapan yang diceritakan oleh Aidan tidak dapat membuatkan P.A nya menyokong pihaknya..Untuk merapatkan hubungan mereka kembali,P.A nya membuat satu perjumpaan dimana perjumpaan itu terdiri daripada rakan-rakan sekelas Aidan dan Aidan..P.A nya telah memberitahu dan menanyakan rakan-rakan Aidan yang lain apa sebab mereka tidak bergaul sesama rakan sekelas..salah seorang dari mereka,lelaki,menjawab hal ini berlaku disebabkan Aidan dan geng tidak seperti orang lain...Aidan dan geng tidak mahu bergaul bersama mereka...Jelas sekali jawapan itu menyakitkan hati Aidan dan geng..Bukannya Aidan tidak mahu bergaul,tapi mereka yang memandang rendah kepada prestasi dan tingkah-laku Aidan dan geng..P.A nya mendapat satu cara dengan mengadakan satu makan malam pada ketika itu bulan puasa..Jadi makan malam itu sempena jamuan berbuka puasa..Aidan dan rakan sekelas mengikuti..Tanpa diketahui,kehadiran mereka diperhati oleh seorang lelaki yang menjawab semasa P.A nya menanyakan soalan..Lelaki itu memerhatikan gerak-geri kami...Jika Aidan dan geng bersama,dia akan memberitahu kepada P.A nya...Ini membuatkan Aidan dan geng berasa malu dan serba salah...Ikutkan hati Aidan,dia tidak mahu mengikuti makan malam tersebut...Aidan dan geng dimalukan oleh rakan-rakannya yang lain...Aidan berasa sangat malu...Apa yang dibuatnya serba-serbi tidak kena dimata lelaki itu...
Selepas hari itu,Aidan dipanggil oleh P.A nya...Aidan menceritakan dia tidak suka akan budak sekelas mereka yang suka memalukan dirinya dan gengnya...Mereka terlalu sosial..Pergaulan mereka terlalu bebas..tiada batas agama yang dipegang..P.A nya mengakui dan memberitahu Aidan supaya pandai memilih kawan...Pilih lah kawan yang elok...Dan berkawan lah dengan mereka dengan sebab-sebab tertentu sahaja...
WILL BE CONTINUED LATER...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan